Taliban ikrar panji Islam akan terus subur di bumi Afghanistan

Taliban ikrar panji Islam akan terus subur di bumi Afghanistan

SEJUMLAH penduduk Afghanistan duduk di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat di Kabul sebelum meninggalkan negara itu pada 19 Ogos tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: ‘Kami mungkin miskin, kami mungkin berdepan banyak kesukaran, namun panji Islam akan terus subur di bumi Afghanistan’.

Itu adalah luahan seorang pejuang Taliban mengenai masa depan negara ini selepas genap setahun kumpulan itu mentadbir Afghanistan.

Ulang tahun pertama itu diraikan dengan cuti awam di seluruh negara semalam biarpun Taliban berdepan dengan pelbagai kritikan daripada komuniti antarabangsa mengenai pentadbiran mereka di Afghanistan.

Penguasaan Taliban di negara ini menyaksikan berakhirnya era campur tangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) selama 20 tahun.

“Kami memenuhi kewajipan untuk jihad dan membangunkan negara kami,” kata pejuang Taliban, Niamatullah Hekmat yang memasuki Kabul pada 15 Ogos lalu, beberapa jam selepas Presiden Ashraf Ghani melarikan diri dari Afghanistan.

Situasi tegang terus berlangsung sehingga 31 Ogos tahun lalu, menyaksikan puluhan ribu penduduk Afghanistan mahu melarikan diri ke luar negara sehingga ada yang sanggup berpaut pada pesawat tentera AS.

Kebanyakan mereka menyifatkan ‘pentadbiran Taliban hanya akan menyusahkan lagi kehidupan mereka’, menyebabkan rakyat negara ini sanggup membuat apa sahaja untuk keluar dari Afghanistan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Taliban tidak mengumumkan sebarang acara bagi meraikan ulang tahun pertama tersebut, namun stesen televisyen memaklumkan satu program khas akan disiarkan.

Biarpun berdepan kritikan pelbagai pihak, malah sehingga kini belum diiktiraf sebagai kerajaan rasmi Afghanistan, kebanyakan pejuang Taliban berasa gembira dengan pencapaian mereka.

“Menyaksikan semua rakyat AS keluar dari Afghanistan merupakan saat yang paling indah. Negara mana yang mahu mereka terus dijajah orang luar? Soal Niamatullah.

Namun, pimpinan Taliban masih belum mendapat tempat dalam kalangan golongan wanita apabila mereka terus disisihkan, terutamanya dalam sektor pendidikan dan pekerjaan.

Situasi itu menyebabkan wanita Afghanistan berasa kehidupan mereka semakin tersepit dan tiada masa depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya