Sunak, Truss tak sepopular Johnson - Utusan Malaysia

Sunak, Truss tak sepopular Johnson

LIZ Truss (kiri) dan Rishi Sunak (kanan). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tinjauan mendapati tiada pesaing dari Parti Tory yang lebih popular berbanding Boris Johnson apabila bertembung dengan pemimpin pembangkang, Keir Starmer.

Situasi itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan Liz Truss.  

Lapor Daily Mail, tinjauan baharu mendedahkan sebanyak 28 peratus pengundi menyokong Johnson sebagai perdana menteri terbaik dalam pertembungan melawan pemimpin Parti Buruh itu. 

Tinjauan YouGov mendapati Truss yang menjadi calon pilihan untuk menggantikan Johnson, tidak mampu meraih sokongan bagi Parti Tory dalam menentang Starmer.        

Sebanyak 31 peratus pengundi menyokong Starmer sebagai perdana menteri terbaik berbanding Truss yang hanya menerima 28 peratus undian.

Sunak pula hanya menerima 27 peratus sokongan pengundi bagi pertembungan satu lawan satu menentang Starmer.

Pemimpin parti pembangkang utama United Kingdom (UK) itu sekali lagi memperoleh 31 peratus sokongan pengundi apabila diminta memilih antara Starmer dan Sunak.

Truss dan Sunak terus bersaing untuk dipilih sebagai pemimpin Parti Konservatif seterusnya dalam undian ahli Parti Tory.

Seorang daripada mereka akan diisytiharkan sebagai pemenang dan dilantik sebagai Perdana Menteri Britain baharu, 5 September depan. 

Tinjauan juga menegaskan mana-mana calon yang memenangi undian tersebut bakal menghadapi cabaran dalam menyakinkan pengundi mereka adalah prospek lebih baik berbanding Johnson.

Sementara itu, tinjauan dalam kalangan `pengundi swing’ yang menyokong pemimpin Tory pada 2019 turut mendapati sebanyak 62 peratus masih menyokong Johnson menentang Starmer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.