PETALING JAYA: Satu bantuan kewangan sebanyak RM10,000 akan disalurkan kepada setiap kru kapal MV Berkat Tuah yang masih berada di atas kapal dalam tempoh minggu hadapan. Kru kapal Mark Martin, 39, berkata, perkara itu dimaklumkan selepas satu mesyuarat melibatkan kru kapal MV Berkat Tuah, Jabatan Laut dan Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), yang diadakan dua hari lalu. Katanya, pada mesyuarat itu, pihak Kumpulan Wang Pusat Pedagangan Laut (KWPPL) memaklumkan…










