Rekod sejuta kematian bagi 2022, WHO tolak idea hidup bersama Covid-19

Rekod sejuta kematian bagi 2022, WHO tolak idea hidup bersama Covid-19

PENGEBUMIAN JENAZAH ISLAM sewajarnya disempurnakan dalam tempoh 2 minggu .GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengumumkan sejuta orang maut akibat jangkitan Covid-19 pada tahun ini, sekali gus menunjukkan penularan virus maut itu belum reda biarpun pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan jangkitan.

Jumlah itu menjadikan angka kematian keseluruhan akibat Covid-19 di seluruh dunia adalah sebanyak 6.45 juta, sejak virus itu dikesan buat pertama kali pada penghujung 2019.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, dunia belum berjaya ‘mengalahkan’ Covid-19 apabila masih ramai yang maut akibat virus itu.

“Pada minggu ini, sebanyak sejuta kematian direkodkan akibat koronavirus sejak awal 2022 hingga kini.

“Kita tidak boleh cakap kita kini sudah hidup dengan Covid-19 apabila sejuta orang terkorban akibat virus itu, biarpun kita sudah melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan jangkitan, sekali gus kematian.

“Oleh hal yang demikian, WHO menggesa semua negara supaya tidak senang-senang melonggarkan peraturan Covid-19 dan memperkasakan program vaksinasi untuk perlindungan menyeluruh,” katanya.

Tedros sebelum ini berharap semua negara dapat memberikan vaksin kepada 70 peratus daripada populasi mereka menjelang hujung Jun lalu.

Namun, hanya 136 negara gagal mencapai sasaran, menyaksikan 66 negara masih merekodkan kadar vaksinasi tidak lebih 40 peratus.

Daripada jumlah itu, hanya 10 negara merekodkan kurang 10 peratus kadar vaksinasi dengan kebanyakannya negara yang berdepan krisis kemanusiaan.

“Satu per tiga penduduk dunia masih belum menerima vaksin, termasuk dua per tiga petugas kesihatan dan suku golongan warga emas di negara berpendapatan rendah,” ujar Tedros.

Sementara itu, jurucakap vaksin Gavi, Derrick Sim berkata, sejuta kematian pada tahun ini boleh disifatkan sebagai ‘tragedi’.

katanya, lebih 593 juta kes jangkitan baharu dilaporkan kepada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya