Pesakit cacar monyet di Indonesia alami gejala ringan - Utusan Malaysia

Pesakit cacar monyet di Indonesia alami gejala ringan

WABAK cacar monyet kini merebak di puluhan negara di seluruh dunia dengan hampir 400 kes. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia memberi jaminan jangkitan cacar monyet yang dihidapi seorang rakyat negara ini adalah kategori ringan dan dapat penularannya dapat dicegah.

Jurucakap kementerian, Mohammad Syahril berkata, pesakit berusia 27 tahun berasal dari Jakarta itu hanya mengalami demam ringan, ruam pada wajah, tangan dan kaki serta sekitar alat kemaluan.

Pesakit itu dipercayai dijangkiti virus tersebut ketika melakukan perjalanan ke luar negara

Mohammad juga menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik kerana wabak itu tidak akan menular seperti Covid-19 yang dikategorikan sebagai penyakit baharu.

“Cacar monyet sudah wujud sejak 1970-an lagi di Republik Demokratik Congo dan menular ke beberapa negara Afrika yang lain.

“Sejak itu, kes penularannya terkawal dengan pemberian vaksin.

“Masyarakat diminta tidak panik, selagi anda menjaga kebersihan dan amalan hidup sihat, penyakit ini tidak akan menjangkiti anda,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Setakat ini, sebanyak 40,000 kes cacar monyet direkodkan di 94 negara.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, namun masih terkawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya