Peraturan pelik di jalan ais terpanjang Eropah - Utusan Malaysia

Peraturan pelik di jalan ais terpanjang Eropah

INDIVIDU tidak dibenarkan memakai tali pinggang keledar ketika melalui jalan berais terpanjang di Eropah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLINN: Sebuah jalan dilitupi ais di Pulau Hiiumaa, Estonia dilaporkan mempunyai peraturan jalan raya yang agak pelik dan berbeza dengan negara-negara lain.

Antaranya, pemakaian tali pinggang keledar dan memandu pada kelajuan sederhana dilihat menyalahi undang-undang jalan raya. 

Lapor Oddity Central, jalan berais terpanjang di Eropah sepanjang 25 kilometer (km) itu turut tidak membenarkan individu memandu di jalan tersebut selepas waktu matahari terbenam.

“Memandu di jalan berais ini pada musim sejuk sudah tentu menjadi pengalaman `tidak dapat dilupakan’ kerana mempunyai beberapa peraturan yang tidak konvensional.

“Antaranya, anda dilarang memakai tali pinggang keledar dan memandu pada kelajuan antara 25 hingga 40 kilometer sejam (km/j),” jelas laporan itu.

Menurut laporan itu, pada musim sejuk ketika lapisan ais menjadi tebal dan keras, semua pemandu harus mematuhi peraturan jalan raya yang unik itu.

Jelasnya, individu harus memandu pada kelajuan kurang daripada 25kmj atau melebihi 40kmj kerana pemanduan dalam julat itu terlalu lama boleh mengakibatkan ais retak.

“Tayar dan pergerakan kereta menghasilkan getaran serupa seperti gelombang kapal, jadi pemanduan tempoh lama boleh menyebabkan gelombang memecahkan lapisan ais itu,” kata laporan itu.

Tambah laporan itu, pemakaian tali pinggang keledar tidak dibenarkan kerana sekiranya lapisan ais retak, individu perlu menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan secepat mungkin.

Jelasnya, pemandu juga dilarang memberhentikan kenderaan di tepi jalan. 

“Kenderaan anda mesti mengekalkan jarak minimum sekurang-kurangnya 250 meter antara kereta lain dan memasuki jalan ais pada selang masa tiga minit,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya