Pemimpin Syiah Iraq letak jawatan, 20 maut dalam rusuhan ganas - Utusan Malaysia

Pemimpin Syiah Iraq letak jawatan, 20 maut dalam rusuhan ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dalam rusuhan melibatkan penyokong setia ulama berpengaruh Syiah, Moqtada al-Sadr selepas beliau mengumumkan akan berhenti dari politik, menyebabkan mereka menyerbu istana kerajaan.

MOQTADA AL-SADR

Rusuhan yang  berlaku antara penyokong  Moqtada dengan kumpulan pesaingnya menyaksikan tembakan mesingan dilepaskan berserta letupan di kawasan Zon Hijau yang menempatkan ibu pejabat kerajaan dan kedutaan asing.

Pertempuran itu disifatkan terburuk pernah berlaku di Baghdad sejak beberapa tahun lalu.

Moqtada memutuskan untuk berhenti daripada semua kegiatan politik dan keputusannya itu sebagai tindak balas terhadap kegagalan pemimpin dan parti Syiah lain untuk melakukan reformasi sistem pemerintahan yang diancam rasuah.

Moqtada kemudiannya memaklumkan beliau akan mengadakan mogok lapar sebagai protes terhadap penggunaan senjata oleh semua pihak.

Kebuntuan politik antara Moqtada dan seteru Islam Syiah yang kebanyakannya disokong Iran sudah menyebabkan Iraq kembali berdepan keganasan baru ketika negara itu bergelut untuk pulih daripada peperangan, sekatan, persengketaan awam serta rasuah.

Kemenangan pergerakan Moqtada dalam pilihan raya pada Oktober lalu memberikan beliau ‘keyakinan’ untuk membentuk kerajaan bebas daripada kumpulan disokong Iran, namun akhirnya menarik diri daripada parlimen, sehingga mencetuskan keganasan baru semalam.

Pegawai keselamatan berkata, beberapa pertempuran tercetus antara pejuang Briged Keamanan Moqtada dan anggota pasukan keselamatan Iraq yang ditugaskan untuk melindungi Zon Hijau, selain anggota bersekutu dengan Iran mungkin juga terbabit.

Sementara itu, tentera Iraq mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara dan menggesa penunjuk perasaan meninggalkan Zon Hijau. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya