Lelaki ditanam hidup-hidup masa festival di Bolivia

Lelaki ditanam hidup-hidup masa festival di Bolivia

MANGSA menceritakan nasib yang dialaminya selepas berjaya keluar dari keranda di Bolivia.-JAMPRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOLIVIA: Seorang lelaki menceritakan bagaimana dia berjaya keluar dari sebuah keranda selepas ditanam hidup-hidup oleh pengunjung Festival Ibu Bumi di negara ini. 

Mangsa, Victor Hugo Mica Alvarez, 30, tidak menyedari dirinya dimasukkan ke dalam keranda akibat pengsan selepas mengikuti sesi minuman keras semasa acara pembukaan festival di El Alto, minggu lalu. 

Dia bahkan terkejut apabila mendapati dirinya berada dalam jarak 80 kilometer dari tapak festival. 

“Malam sebelum itu merupakan acara pembukaan festival dan kami semua menari beramai-ramai. Selepas itu, saya sudah tidak ingat apa yang berlaku. 

“Saya hanya ingat berada di atas katil dan hendak buang air kecil serta tidak dapat bergerak lagi.

“Saya berjaya memecahkan tingkap keranda itu sehingga berjaya keluar,” katanya lapor media tempatan, Pagina Siete. 

Alvarez berkata, dia membuat laporan berhubung insiden yang menyebabkan dirinya mengalami kecederaan, tetapi malangnya pihak polis langsung tidak percaya dengan alasan dia terlalu mabuk.  

Festival kuno itu disambut sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada dewi bumi dan kesuburan dengan mengadakan pertunjukan persembahan, serta Alvarez turut dipergunakan dalam acara tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN