Lelaki ditahan polis akibat gurau penerbangan ditunda

Lelaki ditahan polis akibat gurau penerbangan ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pelancong dari Britain ditahan polis selepas berulang kali membuat pengumuman palsu mengenai kelewatan penerbangan di sebuah lapangan terbang di Greece.

Memetik laporan Daily Mail, lelaki itu melakukan pengumuman palsu tersebut menggunakan alat pembesar suara di Lapangan Terbang Zakynthos di Zante, Greece pada Jumaat lalu.

Lelaki itu membuat pengumuman kepada para penumpang kononnya penerbangan mereka tertunda sehingga enam jam.

Seorang penumpang bernama Sam Wilson, 22, merakam telatah lelaki itu selepas mendengar pengumuman aneh itu ketika menunggu penerbangannya untuk ke Birmingham.

Rakaman video menunjukkan lelaki itu memakai pakaian sukan dan cermin mata hitam di kepalanya, sambil berdiri di belakang kaunter kosong di sebuah pintu masuk lapangan terbang.

Lelaki itu bertindak membuat pengumuman palsu menerusi mikrofon kononnya penerbangan ke Gatwick yang sepatutnya dinaikinya, mengalami kelewatan.

“Penerbangan ke Gatwick ditunda selama enam jam.

“Malah, penerbangan ke Manchester juga terpaksa ditunda selama enam jam,” katanya.

Pengumuman itu menimbulkan kekeliruan memandangkan tiada penerbangan dari Lapangan Terbang Zakynthos ke Manchester yang dijadualkan pada hari tersebut.

Tidak lama selepas itu, pengawal keselamatan lapangan terbang dan polis menyerbu kaunter berkenaan dan menahan lelaki tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.