Lapan penumpang bas warga Israel cedera ditembak

Lapan penumpang bas warga Israel cedera ditembak

POLIS Israel memeriksa bas yang menjadi sasaran lelaki bersenjata.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya lapan penumpang bas mengalami  kecederaan selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan di lokasi berasingan di sini, lapor BBC

Menurut pegawai kecemasan, penyerang menembak ke arah bas dan melepaskan tembakan di kawasan tempat letak kereta berhampiran Tembok Barat di kota lama Baitulmuqaddis.  

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu media tempatan insiden itu dianggap sebagai serangan pengganas.  

Setakat ini, jumlah penembak yang terlibat belum dapat dipastikan lagi, bagaimanapun, media Ibrani melaporkan proses pencarian dilancarkan selepas lelaki itu melarikan diri. 

Sementara itu, petugas ambulans, Magen David Adom (MDA) berkata, tujuh mangsa daripadanya adalah lelaki dan seorang wanita sudah dibawa ke hospital, manakala beberapa orang termasuk dua yang lain dalam keadaan kritikal. 

Serangan itu berlaku seminggu selepas 44 orang terbunuh di Gaza semasa insiden paling serius sejak konflik berlaku pada Mei 2021 selama 11 hari. 

Tembok Barat dianggap antara tapak paling suci dalam agama Yahudi dan ribuan penyembah pergi berdoa setiap tahun di sana.  

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Yair Lapid dalam kenyataan kepada BBC berkata, pasukan keselamatan berusaha menangkap pengganas dan berjanji sesiapa yang terlibat dalam serangan itu akan menerima balasan kerana mendatangkan bahaya kepada orang awam.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.