Kenaikan harga tiket Taman Komodo ditangguhkan

Kenaikan harga tiket Taman Komodo ditangguhkan

KOMODO di Taman Nasional Komodo dikenali sebagai cicak terbesar di dunia dan boleh mencecah berat 70 kilogram.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN BOJO: Kerajaan wilayah Manggarai Barat menyambut baik keputusan kerajaan wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) menangguhkan kenaikan harga tiket ke Taman Nasional Komodo. 

Lapor Kompas.com, Ketua Pejabat Pelancongan, Pius Baut berharap penangguhan tersebut dapat merancakkan semula aktiviti pelancongan di Labuan Bajo. 

Katanya, pelancong bebas menikmati kecantikan di kawasan itu dengan selamat dan selesa. 

“Saya ingin mengalu-alukan kedatangan semua pelancong ke sini. Labuan Bajo adalah selamat dikunjungi,” katanya. 

Minggu lalu, seramai 10,000 pelancong mengambil keputusan membatalkan lawatan ke taman itu susulan kenaikan harga tiket sebanyak 3.75 juta rupiah (RM1,122).

Jumlah kedatangan pelancong ke Labuan Bajo sudah dijadualkan bagi tempoh tiga bulan akan datang.

Data tersebut disampaikan oleh Ketua Himpunan Pelancong Indonesia, bagi wilayah NTT, Agus Bataona.

Jelasnya, pembatalan lawatan sepatutnya menjadi pertimbangan serius daripada pihak kerajaan agar mengkaji semula kenaikan harga tiket.

Bahkan katanya, tindakan tersebut hanya menyebabkan ketegangan sosial sehingga berlaku tunjuk perasaan dan mogok kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya