Junta Myanmar terus berkuasa, lanjutkan darurat sehingga enam bulan

Junta Myanmar terus berkuasa, lanjutkan darurat sehingga enam bulan

ANGGOTA keselamatan mengawal sebuah laluan jalan raya di Yangon.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Ketua junta tentera Myanmar, Min Aung Hlaing melanjutkan perintah darurat selama enam bulan lagi di negara itu.

Reuters melaporkan, Anggota Majlis Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan sebulat suara menyokong usul berkenaan.

“Kita mesti mengukuhkan kekuatan ‘sistem demokrasi pelbagai parti yang tulen dan berdisiplin’ yang menjadi hasrat rakyat,” katanya.

Junta Myanmar mengisytiharkan darurat selepas rampasan kuasa menggulingkan kerajaan pemimpin yang dipilih, Aung San Suu Kyi, sejak Februari tahun lalu.

Tindakan itu menyebabkan negara terjerumus dalam kancah pergolakan politik, krisis ekonomi dan tunjuk perasaan yang tidak berkesudahan.

Sebelum ini, junta tentera berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan sejurus selepas perisytiharan darurat ditamatkan pada Ogos 2023, lanjutan selama setahun berbanding tarikh asal yang diumumkan selepas rampasan kuasa.

Tentera Myanmar memberi alasan wujud penipuan besar-besaran ketika PRU 2020 yang dimenangi parti Liga Nasional Demokrasi (NLD) pimpinan Suu Kyi.

Tahun lalu, junta tentera membatalkan keputusan PRU dan mendakwa menemukan lebih 11 juta kes penipuan pengundi semasa pilihan raya itu, walaupun diiktiraf pemerhati bebas antarabangsa sebagai bebas lagi adil.

Suu Kyi pula dikenakan tahanan di rumah sejak rampasan kuasa dan berdepan beberapa tuduhan penipuan ketika pilihan raya yang boleh menyebabkan beliau dipenjara lebih 150 tahun.

Dalam pada itu, Suu Kyi, 77, yang dipenjarakan di dalam sel berseorangan dilaporkan semakin susut kerana tidak diberikan makanan yang diinginkan.

Situasi itu dilaporkan oleh akhbar bebas, Myanmar Now yang memetik tiga sumber mengenai keadaan di dalam penjara yang dihadapi Suu Kyi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya