fbpx

Jenazah diusung sejauh 13 kilometer

SULAWESI: Jenazah seorang wanita di Kalumpang, Sulawesi Barat terpaksa diusung sejauh 13 kilometer (km) untuk dikebumikan disebabkan ketiadaan van jenazah.

Lapor Kompas.com, wanita yang dikenali sebagai Tanisa meninggal dunia di hospital di Kabupaten itu selepas beberapa hari menerima rawatan.

Anak saudara mangsa, Fenny Tadius berkata, ahli keluarganya mahu jenazah dikebumikan di kampung.

Katanya, dia berusaha meminta bantuan hospital untuk menggunakan ambulans bagi menghantar jenazah ke kampung halaman.

“Kami kecewa apabila pihak hospital tidak mahu menghantar jenazah ibu saudara saya ke kampung untuk dikebumikan.

“Mereka memberi alasan ambulans berkenaan hanya boleh digunakan untuk membawa pesakit bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Disebabkan tidak mahu terus bertelagah, dia dan beberapa ahli keluarga lain nekad mengusung jenazah untuk dibawa pulang ke rumah.

Insiden yang tular dalam Facebook itu mendapat perhatian Pegawai Kabupaten Mamuju, Sutinah Suharda yang tampil memohon maaf atas insiden tersebut.

Susulan itu, beliau mengarahkan ambulans boleh digunakan bagi menghantar jenazah sekiranya tiada kes kecemasan lain di hospital.

“Ambulans boleh digunakan untuk menghantar jenazah sekiranya tiada kes kecemasan yang berlaku di hospital,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!