Inflasi dapat ditangani dengan potong gaji penjawat awam

Inflasi dapat ditangani dengan potong gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-Soo berkata, terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi.

Beliau malah menjelaskan penjawat awam perlu membenarkan gaji mereka dipotong bagi mengukuhkan dasar fiskal negara.

Katanya, apabila kadar inflasi melambung tinggi akibat faktor penawaran dan permintaan, setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka.

“Harga pengguna meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 24 tahun Julai lalu disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

“Harga pengguna melonjak 6.3 peratus bulan lalu berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada enam peratus pada Jun,” katanya ketika persidangan di Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kewangan, Choo Kyung-ho menggesa firma swasta untuk mengelakkan daripada menaikkan gaji secara berlebihan kerana kenaikan gaji boleh mencetuskan inflasi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN