Implan kornea diperbuat daripada protein babi  - Utusan Malaysia

Implan kornea diperbuat daripada protein babi 

SAINTIS membangunkan implan itu sebagai alternatif kepada kornea manusia diperolehi menerusi pendermaan. - UNIVERSITI LINKOPING 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seramai 20 individu yang cacat penglihatan dilaporkan `melihat semula’ selepas menerima implan kornea yang dihasilkan daripada kulit babi, dalam satu ujian klinikal yang memberi harapan baharu. 

Memetik laporan Daily Mail, implan itu diperbuat daripada protein kolagen yang diekstrak daripada kulit haiwan itu dan ia menyerupai kornea manusia.

Kornea itu adalah bahagian telus mata yang menutupi iris dan anak mata.

Pasukan saintis di Universiti Linkoping dan LinkoCare Life Sciences AB membangunkan implan tersebut sebagai alternatif kepada kornea manusia diperolehi menerusi pendermaan serta pembedahan yang kurang membahayakan bagi implantasi.

Hasil kajian perintis itu diharap dapat membawa harapan kepada golongan individu yang hidup dengan rabun kornea dan penglihatan rendah.

Ketua projek, professor Neil Lagali berkata, hasil kajian menunjukkan ia amat berpotensi membangunkan bahan bio yang memenuhi semua kriteria untuk digunakan sebagai implan manusia. 

“Ia boleh dihasilkan secara besar-besaran dan disimpan sehingga dua tahun. Dengan itu, ia mampu digunakan oleh lebih ramai yang mengalami masalah penglihatan.

“Ini secara tidak langsung dapat mengtasi masalah kekurangan tisu kornea diperolehi menerusi pendermaan dan akses kepada rawatan lain bagi penyakit mata,” katanya.  

Sementara itu, penyelidik dan usahawan disebalik implan itu, Mehrdad Rafat berkata, pihaknya berjaya melakukan usaha besar bagi memastikan ciptaan itu tersedia secara meluas dan mampu dimiliki oleh semua dan bukan hanya oleh golongan kaya. 

“Itulah sebabnya, teknologi ini boleh digunakan di seluruh dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya