Hukuman penjara dalang bom Bali dikurangkan, Australia 'melenting' - Utusan Malaysia

Hukuman penjara dalang bom Bali dikurangkan, Australia ‘melenting’

UMAR PATEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menzahirkan kekecewaan selepas pihak berkuasa Indonesia mengurangkan hukuman penjara terhadap dalang pengeboman di Bali.

Pengurangan tempoh hukuman penjara itu menyaksikan Umar Patek boleh dibebaskan menjelang ulang tahun ke-20 insiden itu pada Oktober ini sekiranya diberikan parol.

“Perkara itu mencetuskan kemarahan dan tekanan terhadap rakyat Australia, terutamanya keluarga mangsa pengeboman.

“Negara ini kehilangan 88 nyawa dalam insiden itu,” katanya.

Sehubungan itu, Albanese memaklumkan beliau akan terus berhubung dengan Indonesia bagi membincangkan perkara berkenaan, termasuk isu rakyat negara ini yang dipenjarakan di Indonesia.

Dalam pada itu, pemimpin Australia tersebut juga menyifatkan Umar sebagai ‘pengganas yang tidak boleh dimaafkan’.

Indonesia sering meluluskan pengurangan hukuman kepada banduan ketika menyambut hari penting seperti Hari Kemerdekaan.

Umar menerima pengurangan hukuman penjara selama lima bulan pada Hari Kebangsaan Indonesia kelmarin kerana menunjukkan sikap yang baik.

Lelaki itu boleh dibebaskan dari Penjara Porong di Jawa Timur sekiranya diberikan parol.

Umar ditahan di Pakistan pada 2011 dan dibicarakan di Indonesia berhubung insiden yang berlaku pada 2012 di Bali sebelum dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya