EU bimbang tahanan Palestin maut akibat mogok lapar di Israel

EU bimbang tahanan Palestin maut akibat mogok lapar di Israel

KEADAAN Khalil Awawdeh yang semakin kurus dan uzur akibat mogok lapar yang dilakukannya di pusat tahanan Israel. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kesatuan Eropah (EU) menzahirkan kebimbangan serius terhadap seorang tahanan Palestin, Khalil Awawdeh yang melakukan mogok lapar sehingga tubuhnya kurus-kering.

Sehubungan itu, EU menggesa Israel segera membebaskan Khalil kerana khuatir lelaki itu akan meninggal dunia bila-bila masa berikutan keadaannya yang semakin uzur.

Khalil sudah melakukan mogok lapar selama hampir enam bulan di pusat tahanan di Israel, selepas dia ditahan tanpa sebab dan tidak dibenarkan dibicarakan.

“Kami berasa terkejut melihat gambar Khalil yang kini sudah melakukan mogok lapar selama 169 hari. Dia akan mati jika tiada langkah segera diambil.

“Bebaskan Khalil segera jika mahu dia selamat,” menurut ciapan yang dilakukan oleh delegasi EU ke Palestin menerusi Twitter.

Dalam pada itu, komuniti antarabangsa yang lain turut berpandangan sama seperti EU yang mendesak supaya lelaki itu dibebaskan segera.

Kisahnya mendapat perhatian meluas selepas isterinya berkongsi gambar tubuhnya yang semakin kurus dan uzur akibat mogok lapar yang dilakukan.

Para doktor turut memberi amaran bahawa Khalil, 40, berisiko untuk maut selepas beratnya turun mendadak, selain tulangnya ada yang mereput berikutan kekurangan nutrisi.

Keluarga Khalil sebelum ini menyiarkan mesej darinya yang dirakam ketika dia di hospital.

“Tubuh saya mungkin kelihatan sangat kurus dan uzur, hanya tinggal kulit dan tulang.

“Namun itu tidak menggambarkan kelemahan rakyat Palestin yang sentiasa berjuang untuk mendapat kebebasan.

“Apa yang saya lakukan kini adalah untuk menentang semua penindasan yang dilakukan oleh Zionis, biarpun terpaksa mengorbankan nyawa,” katanya.

Khalil ditahan tentera Zionis di pekan Idhna, Tebing Barat pada Disember 2021 dan dia dituduh menjadi aktivis kepada pergerakan Jihad Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya