Mahu balas dendam kepada bekas kekasih, wanita tersalah bakar rumah orang lain - Utusan Malaysia

Mahu balas dendam kepada bekas kekasih, wanita tersalah bakar rumah orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORTH CAROLINA: Seorang wanita ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya dengan membakar rumah lelaki itu.

Namun, tindakan itu bertukar tragedi apabila wanita tersebut tersalah membakar rumah orang lain.

Lapor Khaleej Times, Sherif Rowan memaklumkan, pemilik rumah berkenaan dikejutkan oleh jirannya selepas mereka ternampak wanita tersebut cuba membakar rumahnya di Gold Hill.

Sehubungan itu, pemilik rumah tersebut segera menghubungi pihak berkuasa dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ketika tiba, polis mendapati bahagian depan rumah berkenaan sudah terbakar dan minyak tanah yang digunakan untuk membakar.

“Pemilik itu menceritakan dia cuba memadamkan kebakaran yang tercetus namun tidak berjaya kerana suspek sudah menyekat aliran air.

“Selepas itu, pemilik rumah tersebut mengambil senapang dan berdepan dengan suspek.

“Suspek melarikan diri selepas polis tiba di rumah tersebut,” kata Rowan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya