Bom disembunyikan celah rak lampin pakai buang dewasa di Narathiwat - Utusan Malaysia

Bom disembunyikan celah rak lampin pakai buang dewasa di Narathiwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT: Satu bahan letupan yang disyaki diletakkan oleh anggota pemisah ditemukan di celah rak barangan lampin pakai buang dewasa di kedai serbaneka 7-Eleven di wilayah ini, pada Jumaat lalu.

Sehubungan itu, pasukan unit pemusnah bom dikerahkan ke premis berkenaan bagi melupuskan bom yang ditemukan.

Lapor portal ThaiPbs, bahan letupan itu ditemukan oleh seorang daripada petugas premis tersebut ketika menyusun barangan.

Pekerja itu ternampak sebuah beg berwarna merah jambu dan apabila dia mengambilnya, sejumlah wayar yang berselirat terkeluar sebelum meletakkannya semula di tempat asal.

Kemudian, pekerja itu menghubungi polis dan pasukan unit pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pihak berkuasa memaklumkan, bahan letupan itu seberat 0.5 kilogram dan tidak diaktifkan, maka ia berjaya dilupuskan dengan selamat.

Polis percaya bahan letupan itu diletakkan oleh anggota kumpulan pemisah yang didakwa melakukan beberapa serangan di 7-Eleven sekitar Yala, Narathiwat dan Pattani pada 16 Ogos lalu.

Serangan itu menyaksikan seorang pemuda berusia 21 tahun maut di berhampiran 7-Eleven di Sungai Golok, Narathiwat.

Barisan Revolusi Nasional (BRN) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN