Wuhan kembali 'dihantui' Covid-19

Wuhan kembali ‘dihantui’ Covid-19

XI Jinping bertemu dengan masyarakat di Wuhan, China pada 28 Jun lalu. - XINHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengesan kes pertama Covid-19 di Wuhan, bandar yang menyaksikan virus itu muncul buat kali pertama pada Disember 2019.

Dua kes disahkan Covid-19 itu dilaporkan ketika Presiden Xi Jinping mengulangi komitmen untuk mengekalkan dasar `sifar Covid-19′ di negara berkenaan.

Lapor Daily Mail, dua pekerja pelabuhan di Wuhan didapati menunjukkan tanda-tanda jangkitan asimtomatik dalam kes pertama Covid-19 dalam tempoh sebulan.

China kini dijangka melaksanakan pusingan baharu ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran dengan terus mengasingkan kawasan yang melaporkan kes jangkitan.

Jumaat lalu, wilayah Anhui merekodkan peningkatan kes Covid-19 iaitu sebanyak 107 kes jangkitan dan daerah Lingbi pula dikenakan perintah berkurung.

Secara keseluruhan, China melaporkan sebanyak 163 kes jangkitan pada Khamis lalu sekali gus mencatatkan jumlah kes tertinggi sejak tiga minggu lalu.

Penemuan mengenai kes pertama Covid-19 di Wuhan tersebar beberapa hari selepas Jinping mengunjungi bandar itu serta menegaskan komitmen untuk melaksanakan perintah berkurung dan sekatan ketat untuk membendung virus tersebut.

Jinping kini akan melancarkan pelan sifar Covid-19 baharu yang bakal menyaksikan tempoh kuarantin bagi penduduk dan kontak rapat dikurangkan serta ujian saringan besar-besaran dan sekatan dipertingkatkan.

Kawalan pergerakan yang tinggi dan sekatan lebih agresif turut dijangka digunakan oleh pemimpin itu.

Baru-baru ini, Beijing dan Shanghai melaporkan sifar kes Covid-19 selepas Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis Shanghai, Li Qiang memuji langkah perintah berkurung selama dua bulan di bandar itu ketika mengisytiharkan kemenangan lawan jangkitan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya