Suspek sudah lama rancang, niat bunuh Abe

Suspek sudah lama rancang, niat bunuh Abe

SUSPEK, Tetsuya Yamagami diiringi pasukan polis ketika keluar dari balai polis Nara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Suspek yang menembak mati bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Jumaat lalu memberitahu polis bahawa jenayah yang dilakukannya bukan didorong motif politik.

Sebaliknya, Tetsuya Yamagami, 41, memaklumkan dia percaya bekas perdana menteri itu mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan agama.

Yamagami menegaskan dia amat membenci kumpulan agama itu kerana ibunya dipaksa menyertainya dan diperdaya membayar yuran keahlian yang terlalu tinggi.

Selain itu, suspek menceritakan ibunya turut dipaksa menderma sehingga membuatkan keluarganya muflis dan berpecah-belah.

Sehingga kini, pihak berkuasa Jepun tidak menamakan pertubuhan agama tersebut.

“Saya mulanya ingin sasarkan pemimpin pertubuhan agama tersebut, tapi terlalu sukar dan disebabkan itu, saya tukar rancangan untuk menyerang Abe kerana saya percaya dia juga terlibat dengan kumpulan berkenaan.

“Saya memang berniat untuk membunuh Abe,” katanya kepada polis.

Abe meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak selepas ditembak ketika berkempen di wilayah Nara pada pagi Jumaat lalu.

Insiden itu mengejutkan seluruh dunia kerana Jepun terkenal dengan kadar jenayah yang rendah dan penggunaan senjata api dikawal ketat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Nara, Tomoaki Onizuka enggan mengulas sama ada langkah keselamatan di lokasi penembakan adalah tidak mencukupi sehingga suspek dapat mendekati Abe dengan mudah.

Namun, beliau memaklumkan siasatan lanjut polis akan meneliti beberapa faktor sama ada wujud kekurangan pegawai keselamatan atau latihan sewajarnya.

“Polis tidak menafikan terdapat kepincangan dalam kawalan keselamatan di lokasi kejadian dan kami akan menelitinya dengan segera,” ujarnya.

Selain itu, Yamagami mengakui sudah lama merancang untuk membunuh Abe dan dia mula berminat menghasilkan senjata sendiri sejak berhenti kerja sebagai operator kren pada Mei lalu.

Media tempatan melaporkan Yamagami merupakan pelajar di sebuah sekolah tinggi elit di Nara dan menurut rakannya, dia merupakan seorang yang ceria dan suka bergaul.

Selepas itu, Yamagami menyertai Pasukan Pertahanan Diri laut dari 2003 hingga 2005 dan melakukan pelbagai kerja selepas keluar dari pasukan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.