Sri Lanka henti cetak wang

Sri Lanka henti cetak wang

sri lanka
ORANG ramai beratur mengisi petrol di stesen minyak di Colombo, Sri Lanka. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sri Lanka akan menghentikan pencetakan wang sepenuhnya bagi mengawal kenaikan harga komoditi yang semakin melambung tinggi.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe dalam satu sesi di Parlimen, ketika inflasi negara itu dijangka mencecah 60 peratus pada tahun ini.

“Pelan kami adalah untuk mengawal inflasi kerana menjelang akhir tahun ini, kadar inflasi akan meningkat 60 peratus.

“Pada tahun depan, kami perlu mencetak wang secara ketat beberapa kali.

“Namun, pada akhir 2024, kami berhasrat untuk berhenti mencetak wang sepenuhnya,” katanya.

Wickremesinghe mengumumkan pelan itu selepas mengadakan rundingan bailout dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). 

Sri Lanka sedang menghadapi krisis kewangan paling buruk sejak tujuh dekad lalu.

Colombo juga bergelut mencari dana bagi membiayai import paling penting seperti bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Seramai 22 juta penduduk negara kepulauan itu mengalami inflasi yang melambung tinggi dan pemotongan tenaga berpanjangan selepas mata wang asing negara habis digunakan untuk mengimport barangan penting.

Dalam pada itu, Wickremesinghe berkata, pelan itu bertujuan mengurangkan kadar inflasi yang mencecah antara empat hingga enam peratus menjelang tahun 2025.

Beliau turut mengaku Sri Lanka mengambil bahagian dalam  rundingan dengan IMF sebagai negara muflis.

Katanya, kerajaan bercadang mengemukakan pelan penstrukturan semula hutang untuk kelulusan IMF menjelang akhir bulan depan.

Tambah beliau, langkah menghentikan pencetakan wang adalah selaras dengan jangkaan dana tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya