Ramai 'mendoakan' lelaki Britain dicurangi selepas tinggalkan isteri demi pelarian Ukraine

Ramai ‘mendoakan’ lelaki Britain dicurangi selepas tinggalkan isteri demi pelarian Ukraine

TONY GARNETT (kanan) bersama Sofiia Karkadym menawarkan pasangan kekasih dari Ukraine untuk tinggal bersama mereka di Bradford, England. - NB PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang bapa di Britain yang dikecam kerana sanggup meninggalkan isteri sendiri selepas jatuh cinta dengan pelarian Ukraine yang berpindah ke rumahnya dalam tempoh 10 hari kini mengajak sepasang lagi pelarian untuk tinggal bersama mereka.

Lapor Daily Mail, Tony Garnett dan kekasih baharunya, Sofiia Karkadym mengajak sepasang kekasih dari Ukraine untuk tinggal bersama mereka di rumah baharu yang disewa di Bradfort, barat Yorkshire.

Pasangan baharu itu dikenali sebagai Sofiia Rastorhuieva dan Illia Tronevych yang tiba ke negara ini pada 23 Jun lalu.

Pasangan itu kemudiannya membuat hantaran dalam Facebook untuk mencari tempat tinggal sebelum Garnett menawarkan mereka untuk tinggal bersama.

Tindakan Tony Garnett itu membuatkan orang ramai mula membuat spekulasi bahawa insiden serupa boleh menimpa dirinya jika kekasih baharunya itu jatuh cinta dengan pelarian yang tinggal bersama mereka.

“Kita tengok apa yang bakal berlaku, mungkin selepas ini giliran Garnett pula yang ditinggalkan apabila kekasihnya jatuh cinta dengan pelarian itu.

“Karma boleh berlaku pada bila-bila masa dan Garnett perlu beringat apa yang boleh berlaku,” tulis seorang pengguna media sosial terhadap laporan.

Seorang lagi pengguna media sosial menulis ‘Kami tidak sabar untuk melihat dia pula ditinggalkan kekasih, seperti dia tinggalkan isterinya’.

Garnett yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sanggup meninggalkan Lorna Garnett, selepas cinta mula berputik dengan Sofiia Karkadym yang jauh lebih muda daripada isterinya dan berusia 22 tahun.

Garnett berkata, dia tidak kisah dengan persepsi orang ramai apabila sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak.

“Hakikatnya, ramai yang tidak tahu kebenaran sebenar. Hubungan saya dengan Lorna sudah putus sejak beberapa tahun lalu.

“Sejak Sofiia tinggal di rumah ini, saya sudah kembali tersenyum dan mula berasa gembira. Saya akan jadikan dia sebagai isteri kerana sudah menemui cinta sebenar dalam hidup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.