Pusat beli-belah Copenhagen diserang pengganas, tiga maut

Pusat beli-belah Copenhagen diserang pengganas, tiga maut

Copenhagen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Seramai tiga orang maut dalam insiden tembakan di pusat beli belah di bandar ini, semalam.

Susulan itu, pihak polis berjaya memberkas suspek berusia 22 tahun yang merupakan warga Denmark.

Serangan itu berlaku dua hari selepas pertandingan berbasikal Tour de France tahun ini yang akan bermula dari Copenhagen dan penganjur turut mengeluarkan kenyataan menyatakan rasa simpati mereka.

Ketua Polis Copenhagen, Soren Thomassen berkata, imej dari tempat kejadian menunjukkan ibu bapa membawa anak-anak mereka melarikan diri dari bangunan dan kakitangan ambulans dilihat mengusung mangsa untuk dirawat.

Beliau menjelaskan, setakat ini pihak polis tidak mempunyai petunjuk lelaki itu bertindak bersama-sama suspek lain dan polis meningkatkan kehadiran di sekitar pusat beli-belah di seluruh Copenhagen.

“Masih terlalu awal untuk menentukan motif kejadian. Kami menyiasatnya sebagai satu perbuatan keganasan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen meluahkan simpati terhadap beberapa mangsa yang mengalami kecederaan akibat insiden tembakan pada malam Ahad.

“Kejadian berlaku ketika ahli keluarga tidak bersalah yang sedang membeli belah dan makan bersama.

“Bandar yang cantik dan selamat ini berubah dalam sekelip mata. Saya mahu semua rakyat memberikan sepenuh sokongan antara satu sama lain dalam masa sukar ini,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya