Pengganas kulit putih diberkas

Pengganas kulit putih diberkas

ROBERT CRIMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Anggota polis berjaya memberkas pengganas kulit putih berusia 22 tahun yang melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan di Highland Park.  

Suspek, Robert Crimo, 22, ditahan selepas operasi memburu penjenayah itu dilakukan besar-besaran merentasi bandar Highland Park di Illinois. 

Sambutan yang sepatutnya dipenuhi keriangan dan kegembiraan akhirnya bertukar detik cemas selepas enam maut dan 24 yang lain cedera. 

Pengganas yang memiliki selaras senapang berkuasa tinggi melepaskan tembakan dari arah bumbung sebuah bangunan, kira-kira pukul 10.14 pagi sehingga mencetuskan suasana huru-hara apabila penonton yang panik berlari menyelamatkan diri. 

Laluan perarakan dipenuhi dengan kerusi yang berselerak, belon dan barangan barangan peribadi bersepah di jalanan. 

Emily Prazak yang menyertai perarakan tersebut berkata, dia sedang melakukan persiapan sebelum orang ramai tiba-tiba mula berlari berkejaran.

“Sebelum itu, saya terdengar bunyi ‘pop,pop,pop’ dan sangka ia adalah bunga api,” katanya.  

Pengunjung lain, Don Johnson berkata, pada mulanya dia menyangka bunyi tembakan itu adalah dari sebuah kereta yang menyerang dari belakang. 

“Saya terdengar bunyi jeritan dari satu blok dan orang ramai berlari membawa anak-anak mereka. Kami berlari ke arah stesen minyak dan berada di sana selama tiga jam. 

“Saya melihat adegan seperti ini berulang kali di televisyen, dan tak sangka ia berlaku di sini,” katanya. 

Sementara itu, Jurucakap Hospital NorthShore Highland Park, Jim Anthony berkata, 26 individu menerima rawatan di hospital terbabit, manakala, lima yang lain dipindahkan ke Hospital Evanston Northshore. 

Katanya, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan akibat ditembak selain ada yang tercedera akibat rempuhan.

Menurut Gun Violence Archive, sebanyak 309 kes tembakan besar-besaran dilaporkan berlaku sepanjang tahun ini.-AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.