Enam penduduk AS maut ditembak pengganas kulit putih

Enam penduduk AS maut ditembak pengganas kulit putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Polis sedang giat memburu suspek yang dipercayai melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan di bandar ini, semalam.

Chicago Sun Times melaporkan, suspek melepaskan tembakan dari bumbung sebuah bangunan sehingga menyebabkan enam maut dan 24 yang lain cedera.

Ketua Polis Highland Park, Chris O’Neill berkata, pihaknya menemukan selaras senapang patah di bumbung tersebut.

Jelasnya, suspek dipercayai seorang lelaki berkulit putih dan memakai baju berwarna putih atau biru.

“Lokasi kejadian masih aktif dan kami menyeru orang ramai supaya kekal di rumah dan berjaga-jaga,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Hospital NorthShore Highland Park, Jim Anthony berkata, 26 individu menerima rawatan di hospital terbabit, manakala, lima yang lain dipindahkan ke Hospital Evanston Northshore.

Katanya, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan akibat ditembak selain ada yang tercedera akibat rempuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya