Penduduk Donetsk digesa larikan diri daripada serangan Russia - Utusan Malaysia

Penduduk Donetsk digesa larikan diri daripada serangan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Gabenor Donetsk, Pavlo Kyrylenko menggesa lebih 350,000 penduduk yang tinggal di wilayah itu melarikan diri daripada serangan bom Russia.

Lapor Al Jazeera, Kyrylenko mengesa orang awam meninggalkan wilayah itu untuk menyelamatkan diri mereka dan membolehkan tentera Ukraine mempertahankan bandar itu dengan lebih baik daripada serangan Russia.

“Nasib seluruh negara bakal ditentukan oleh wilayah Donetsk.

“Apabila orang berkurangan, kita akan dapat menumpukan lebih banyak perhatian dan berjuang sedaya upaya,” katanya.

Gesaan itu dibuat ketika tentera Russia terus menyerang beberapa sasaran di seluruh timur Ukraine sehari selepas Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan kemenangan di Luhansk.

Donetsk kini merupakan satu-satunya wilayah di timur Donbas yang masih dibawah kawalan Ukraine selepas tentera Russia menawan Luhansk.

Berdasarkan data dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertempuran di Ukraine mengakibatkan lebih 7.1 juta rakyat kehilangan tempat tinggal dan 4.8 juta lagi meninggalkan negara tersebut.

Sementara itu, Kyrylenko berkata, Russia kini menyasarkan Sloviansk dan Kramatorsk di Donetsk disebabkan infrastruktur penting seperti fasiliti penapisan air yang terletak di bandar tersebut.

Katanya, bandar Sloviansk dan Kramatorsk berdepan serangan besar-besaran dan mendakwa ‘tiada tempat yang selamat daripada serangan di Donetsk’. – AGENSI/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya