Pemimpin Chechnya tiba di Mekah untuk tunai haji - Utusan Malaysia

Pemimpin Chechnya tiba di Mekah untuk tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pemimpin Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov tiba di Jeddah semalam bagi menunaikan ibadah haji.

Lapor agensi Saudi Press, Ramzan tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan disambut oleh Ketua Pengarah Pejabat Protokol Diraja di Mekah, Ahmed Abdullah Dhafer dan sejumlah pegawai lain.

Ramzan tiba di Jeddah dari Madinah yang menyaksikan beliau mengunjungi Masjid Nabawi dan menunaikan solat.

Ketika di masjid tersebut, kedatangannya disambut oleh Komander Pasukan Keselamatan Masjid Nabawi, Mutaib al-Badrani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN