Pelajar sekolah maut digilis kereta api

Pelajar sekolah maut digilis kereta api

MANGSA yang maut di tempat kejadian dibawa menaiki ambulans ke hospital di Bandar Lampung.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATRA: Seorang pelajar sekolah menengah di Bandar Lampung yang leka dengan fon telinga maut digilis kereta api. 

Lapor Kompas.com, ketika kejadian rakan mangsa menjerit ke arahnya supaya melarikan diri selepas terlihat kereta api muncul di landasan. 

Bagaimanapun, jeritan tersebut tidak didengari kerana mangsa memakai fon telinga sehingga maut di Stesen Kereta Api Labuhan Ratu. 

Ketua Daerah Labuhan Ratu mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan mangsa tinggal di seberang stesen kereta api tersebut. 

Katanya, mangsa dilanggar oleh Kereta Api Batu Bara Jajaran Panjang yang datang dari arah Kotabumi menuju ke Stesen Tarahan, Lampung Selatan. 

“Mangsa difahamkan berjalan kaki pulang ke rumah dan tetap menceroboh landasan walaupun pintu palang sudah ditutup. 

“Pelajar itu meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya sudah dibawa ke hospital,” katanya. 

Menurut Ratna, mangsa hanya berjalan kaki bersendirian di depan rakan-rakan yang lain. 

Sedangkan waktu itu, dia dan rakan-rakan lain sudah menjerit ke arahnya kerana kedudukan kereta api yang semakin hampir di landasan.  

“Ramai juga yang berada di sekitar stesen tersebut menjerit ke arahnya supaya melarikan diri selepas melihat dia melintasi pintu palang di landasan itu,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN