Peladang Indonesia mahu jual sawit kepada Malaysia

Peladang Indonesia mahu jual sawit kepada Malaysia

KRISIS kejatuhan harga sawit di Indonesia semakin meruncing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUNUKAN: Kejatuhan harga buah sawit yang mendadak di seluruh Indonesia turut memberi kesan kepada peladang komoditi itu di sempadan negara ini dengan Malaysia.

Martadita yang merupakan seorang daripada peladang kelapa sawit mendesak supaya pihak berkuasa Nunukan dapat mencari jalan bagi membolehkan hasil tanaman mereka dapat dijual ke Malaysia.

“Dengan harga 500,000 rupiah (0.15 sen) sekilogram, beras pun kami tidak mampu beli, bagaimana hendak beli keperluan lain?

“Jika satu Indonesia begini (harga turun mendadak), benarkan kami jual hasil sawit ke Malaysia.

“Bagaimana kami boleh bertahan dengan situasi sekarang? Anak-anak perlukan duit ke sekolah dan jika tiada duit, mereka tidak dapat ke sekolah,” luahnya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Dalam pada itu, Ketua Peladang Sebakis, Sahir Tamrin berkata, sebagai peladang persendirian, mereka sering diabaikan oleh pihak berkaitan.

Katanya, perusahaan sawit setempat enggan membeli hasil ladang mereka menyebabkan golongan peladang terpaksa menjualnya kepada perusahaan lain dengan kos lebih tinggi serta jarak lebih jauh.

“Kami tidak pernah mengalami kerugian seperti ini dan situasi semasa benar-benar membuat kami ‘pening kepala’.

“Boleh dikatakan, selepas tolak semua duit modal untuk menjual hasil ladang, untung bersih yang kami peroleh adalah sebanyak 200,000 hingga 300,000 rupiah (RM58-RM88).

“Duit untung itu masih tidak mencukupi untuk keperluan harian kami. Lebih baik benarkan kami jual ke Malaysia kerana di sana kerana harganya lebih tinggi berbanding di sini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN