Musk diminta jangan labur industri nikel - Utusan Malaysia

Musk diminta jangan labur industri nikel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia menggesa hartawan terkemuka, Elon Musk untuk tidak melabur dalam industri nikel di negara itu

Gesaan itu disuarakan oleh puluhan NGO menerusi surat terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tesla  atas kebimbangan menjejaskan alam sekitar.

Surat itu dikemukakan oleh pelbagai NGO alam sekitar termasuk Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) dan Friends of the Earth United States, menyusuli pertemuan Presiden, Joko Widodo dengan Musk di Texas pada Mei lalu untuk membincangkan potensi pelaburan.

Indonesia mempunyai bekalan nikel terbesar di dunia dan Jokowi berminat untuk membangunkan industri kenderaan elektrik menggunakan nikel di negara itu.

Kerajaan juga mengharamkan eksport bijih nikel yang belum diproses bermula 2020 untuk memastikan bekalan mencukupi untuk pelabur.

Bagaimanapun, aktivis alam sekitar bimbang proses itu akan melibatkan pembuangan sisa perlombongan ke lautan.

Menurut NGO dalam surat itu, alam sekitar terjejas akibat jumlah kawasan hutan yang diubah kepada perlombongan nikel.

“Situasi itu juga menyebabkan aktiviti penebangan hutan semakin bertambah selain ancaman sungai, tasik dan pantai yang tercemar,” jelasnya.

Gabungan NGO itu juga meminta sebarang pelan pelaburan langsung yang berpotensi dalam industri nikel di Indonesia, ditamatkan dengan segera.

Malah, mereka turut memohon menghentikan sumber dan pengeluaran nikel di Indonesia dalam setiap perniagaan Tesla. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya