Mahkamah tolak permohonan Amber Heard untuk bicara semula

Mahkamah tolak permohonan Amber Heard untuk bicara semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hakim mahkamah di Virginia menolak tuntutan pelakon Amber Heard supaya sesi perbicaraan baharu dilaksanakan berhubung kes fitnah melibatkan bekas suaminya, Johnny Depp.

Peguam Heard meminta Hakim Penney Azcarate untuk mengetepikan keputusan juri yang memberikan AS$10 juta (RM43.9 juta) kepada Depp dan mengisytiharkan kesilapan dalam perbicaraan.

Heard meminta perbicaraan baharu kerana mendakwa seorang daripada panel juri tidak dipilih dengan betul dan mempersoalkan sama ada individu terbabit sepatutnya dibenarkan menjadi juri.

“Tiada bukti penipuan atau salah laku dan juri yang dipilih memenuhi keperluan berkanun untuk perkhidmatan.

“Juri sudah disemak dan perbincangan sudah dilakukan sebelum keputusan dicapai,” kata Azcarate.

Bulan lalu, juri mendapati kedua-dua pasangan selebriti itu melakukan fitnah antara satu sama lain.

Kes yang disiarkan secara langsung kepada jutaan orang memaparkan butiran mendalam tentang kehidupan peribadi selebriti Hollywood itu.

Namun, keputusan mahkamah berpihak kepada Depp selepas perbicaraan selama enam minggu berhubung dakwaan kes penderaan rumah tangga.

Sebelum ini, pasukan undang-undang Heard memfailkan tuntutan bagi membolehkan keputusan perbicaraan saman fitnah terhadap bekas Depp dibatalkan dan kes itu dibicarakan semula.

Peguam bela mewakili Heard memfailkan tuntutan tersebut atas alasan keputusan pelakon itu memfitnah Depp tidak disokong dengan bukti.

Dalam memorandum setebal 43 muka surat, peguam Heard menegaskan keputusan kes perlu dibatalkan atas alasan semasa perbicaraan Depp bertindak semata-mata atas fitnah dengan teori implikasi.

Malah, jelas pasukan peguam itu, mereka turut mengetepikan sebarang dakwaan bahawa kenyataan Heard sebenarnya adalah palsu.

Pelakon Pirates of the Caribbean berjaya dalam kes saman tersebut dan dianugerahkan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65.8 juta).

Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya di kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM219 juta).

Depp menafikan pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard sebaliknya mendakwa bekas isterinya sering bertindak ganas.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya