Amber Heard tuntut saman dibatalkan, dibicara semula

Amber Heard tuntut saman dibatalkan, dibicara semula

AMBER HEARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RICHMOND: Pasukan undang-undang pelakon, Amber Heard memfailkan tuntutan bagi membolehkan keputusan perbicaraan saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp dibatalkan dan kes itu dibicarakan semula.

Lapor Daily Mail, peguam bela mewakili Heard, 36, memfailkan tuntutan tersebut pada Jumaat lalu atas alasan keputusan pelakon itu memfitnah Depp, 59, tidak disokong dengan bukti.

Malah, mereka juga mendakwa seorang daripada panel juri tidak dipilih dengan betul dan mempersoalkan sama ada individu terbabit sepatutnya dibenarkan menjadi juri.

Dalam memorandum setebal 43 muka surat, peguam Heard menegaskan keputusan kes harus dibatalkan atas alasan semasa perbicaraan Depp bertindak semata-mata atas fitnah dengan teori implikasi.

Malah, jelas pasukan peguam itu, mereka turut mengenepikan sebarang dakwaan bahawa kenyataan Heard sebenarnya adalah palsu.

Bagaimanapun, peguam mewakili Depp, Ben Chew menerusi kenyataan kepada Courthouse News menjawab tuntutan berkenaan.

Sementara itu, tuntutan berkenaan turut mempertikaikan kesahihan proses pemilihan seorang juri yang dikenal pasti sebagai Juri 15.

Menurut dokumen itu, tahun kelahiran individu berkenaan disenaraikan sebagai 1945 dalam rekod mahkamah.

“Juri 15 dilahirkan selepas tahun 1945. Maklumat sedia ada menunjukkan individu berkenaan lahir pada tahun 1970.

“Percanggahan ini menimbulkan persoalan sama ada Juri 15 benar-benar menerima panggilan untuk bertugas sebagai juri dan dipilih dengan betul oleh mahkamah.

“Nampaknya, identiti individu itu tidak dapat disahkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya