Mahkamah rancang siar hukuman mati lelaki bunuh pelajar - Utusan Malaysia

Mahkamah rancang siar hukuman mati lelaki bunuh pelajar

TANGKAP layar rakaman menunjukkan Mohamed Adel menyerang Naira di luar kampus Universiti Mansoura berhampiran Delta Nil pada 20 Jun lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mesir merancang untuk menyiarkan secara langsung pelaksanaan hukuman gantung ke atas seorang lelaki yang bertindak menikam pelajar hingga mati akibat menolak lamaran perkahwinannya.

Lapor Daily Mail, Mohamed Adel, 21, didapati bersalah membunuh Naira Ashraf yang belajar bersamanya di Universiti Mansoura.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamed Adel pada 6 Julai lalu.

Dalam satu surat kepada Parlimen, mahkamah menggesa hukuman mati lelaki itu disiarkan secara langsung bagi mengelak jenayah serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

“Siaran langsung itu boleh mencapai sasaran pencegahan, yang mungkin tidak dapat dilakukan sebelum ini, dengan hanya menyiarkan hukuman mati itu sendiri,” jelas mahkamah itu dalam surat tersebut.

Rakaman mengerikan menunjukkan Mohamed Adel sedang menyerang Naira di luar kampus Universiti Mansoura berhampiran Delta Nil pada 20 Jun lalu.

Berdasarkan laporan media tempatan, serangan itu berlaku selepas Naira menduduki peperiksaan akhir.

Video itu juga menunjukkan Naira meninggal dunia di tempat kejadian dan orang ramai menangkap Mohamed Adel ketika dia sedang memegang pisau sambil berdiri berhampiran mayat mangsa.

“Mangsa ditikam beberapa kali termasuk di bahagian leher dan dada,” jelas laporan media.

Pada sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan lelaki itu mengintai Naira dan memutuskan untuk membunuhnya selepas dia menolak lamaran perkahwinannya.

Mahkamah Mansoura menetapkan hukuman mati pada 28 Jun lalu dan mengesahkan hukuman itu seminggu kemudian.

Rayuan menghalang keputusan itu, yang didedahkan kepada umum pada 24 Julai lalu.

Kini, mahkamah memohon badan perundangan menggubal undang-undang hukuman mati supaya pelaksanaan itu dapat disiarkan secara langsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya