LIBYA: Penunjuk perasaan menyerbu bangunan Parlimen Libya di bandar timur Tobruk dan membakar sebahagian bangunan itu.
Imej yang disiarkan dalam talian menunjukkan asap tebal menyelubungi kawasan itu ketika penunjuk perasaan bertindak membakar tayar.
Peserta protes turut menganjurkan perhimpunan di bandar-bandar Libya lain bagi menentang tindakan kerajaan yang memutuskan bekalan elektrik, kenaikan harga barang sehingga menyebab kebuntuan politik.
Di ibu negara, Tripoli, penunjuk perasaan menggesa pihak kerajaan mengadakan pilihan raya.
Tuntutan tersebut turut disokong oleh Ketua Kerajaan Perpaduan sementara, Abdul Hamid Dbeibah yang menjelaskan semua institusi negara perlu diubah.
Pergolakan itu berlaku sehari selepas rundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva.
Libya berada dalam keadaan huru-hara sejak pemberontakan yang disokong oleh NATO pada 2011 sehingga menggulingkan pemerintah Muammar Gaddafi yang sudah lama mentadbir negara.
Negara yang kaya dengan sumber minyak merupakan tempat pendatang asing berkumpul untuk menuju ke negara Eropah.-BBC