Kes kren runtuh di Masjidilharam bakal dibicara semula

Kes kren runtuh di Masjidilharam bakal dibicara semula

KEADAAN kren runtuh di Masjidilharam yang meragut 110 nyawa dan 210 cedera pada September 2015. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Mahkamah Agung Arab Saudi membatalkan semua keputusan dalam kes insiden kren runtuh di Masjidilharam pada 2015 dengan memutuskan supaya perbicaraan diadakan semula.

Insiden itu berlaku pada 11 September 2015 sebelum musim haji bermula, menyaksikan sebuah kren yang digunakan dalam kerja-kerja meluaskan kawasan di Masjidilharam runtuh, menyebabkan 110 kematian dan 209 kecederaan melibatkan para jemaah.

Mahkamah Agung memerintahkan supaya panel hakim baharu mempertimbangkan semula kes tersebut dengan defendan, Mahkamah Rayuan dan pihak berkuasa sudah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Antara tindakan yang dibuat adalah membatalkan keputusan yang yang diputuskan sebelum ini, menyaksikan kes tersebut akan dipindahkan ke mahkamah baharu untuk disemak panel hakim.

Penasihat undang-undang, Dr. Mohammed bin Abdulaziz al- Mahmoud memaklumkan, keputusan itu ‘mengesahkan kebebasan badan kehakiman, selain akan dipantau oleh pihak berkuasa kehakiman yang lebih tinggi yang diwakili Mahkamah Agung’.

Jelasnya, pihak berkuasa itu adalah sebuah badan aduan terhadap mahkamah yang mengeluarkan keputusan dipertikaikan.

“Mahkamah Agung mengesan ‘kecacatan’ dalam keputusan yang dibuat sebelum ini berdasarkan Artikel 181 Kanun Prosedur jenayah, selain terdapat kekurangan siasatan terhadap pihak yang dituduh melakukan kecuaian sehingga menyebabkan insiden berkenaan berlaku.

“Pihak yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan,” katanya seperti yang dilapor Arab News.

Susulan kejadian itu, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengarahkan pembayaran pampasan sebanyak 1 juta riyal (RM1.18 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban dan 500,000 riyal (RM594,174) kepada mereka yang cedera parah.

Namun, pampasan itu tidak termasuk tuntutan kehamkiman melibatkan hak peribadi, seperti yang dinyatakan dalam titah diraja yang dikeluarkan pada masa itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya