Jangan bagi diskaun terlalu besar kepada pelancong

Jangan bagi diskaun terlalu besar kepada pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Semua premis perniagaan, hotel dan hospital swasta di Thailand perlu mengelakkan daripada menawarkan diskaun yang besar bagi menarik kedatangan pelancong. 

Sebaliknya, mereka perlu memberikan tumpuan untuk meningkatkan nilai negara sebagai destinasi pelancongan premium. 

Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul berkata, persepsi tentang harga pelancongan yang murah di negara ini perlu diubah serta-merta.  

“Kita tidak mahu pelancong fikir datang ke Thailand sebab murah, tetapi mereka patut cakap kerana alasan kerja, tawaran berpatutan yang dapat memberi nilai tambah kepada negara ini.

“Lebih mahal harga diletakkan, lebih ramai pelanggan akan datang. Kalau tidak, Louis Vuitton tidak mampu meraih sebarang jualan,” katanya.  

Thailand menerima kira-kira dua juta pelancong asing dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. 

Sebelum ini, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik Covid-19 .  

Salah satu destinasi popular di Thailand berjaya merekodkan kedatangan hampir 40 juta pelancong semasa prapandemik 2019 dengan 1.91 trilion baht (RM236 bilion) bersamaan 11 peratus keluaran dalam negara kasar.  

Ketibaan pelancong merosot kepada 6.7 juta tahun berikutnya dan turun kepada 428,000 tahun lalu. 

Tahun ini, Thailand meramalkan kedatangan 10 juta pelancong sekali gus meningkatkan semula ekonomi negara.-REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya