Indonesia buat perbincangan halalkan ganja bagi perubatan

Indonesia buat perbincangan halalkan ganja bagi perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perancangan untuk menghalalkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan mula menampakkan sinar selepas pihak kerajaan bersetuju mengadakan perbincangan lebih serius berhubung isu itu. 

Lapor CNN Indonesia, setakat ini, penggunaan ganja bagi tujuan tersebut belum dibenarkan di negara ini dan ganja diletakkan dalam kategori narkotik Kelas 1.    

Kerajaan dilihat optimis mengenai ganja selepas Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo mengumumkan ganja sebagai tanaman perubatan komoditi di bawah peraturan Kementerian Pertanian 2020. 

Bagaimanapun, beberapa bulan selepas itu, peraturan tersebut digugurkan semula oleh pihak kementerian. 

Syahrul menjelaskan pihaknya akan mengadakan penilaian semula dan bekerjasama dengan Agensi Narkotik Kebangsaan Indonesia, Kementerian Kesihatan dan Institut Sains Indonesia serta Agensi Inovasi dan Penyelidikan Negara.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad dilaporkan meminta Jawatankuasa Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPR) RI mengadakan perbahasan undang-undang ganja bagi kegunaan perubatan. 

Sufmi mencadangkan perkara itu selepas bertemu Santi Warastuti yang meminta kebenaran penggunaan ganja bagi merawat anaknya, 28 Jun lalu. 

Sementara itu, Pakar Undang-Undang Universiti Atma Jaya, Asmin Fransiska percaya terdapat banyak kaedah untuk membenarkan penggunaan ganja bagi perubatan. 

Jelasnya, pihak berkuasa perlu mengubah perspektif mereka terhadap ganja di Indonesia baik dari segi undang-undang dan kesihatan. 

“Pihak kerajaan boleh mengubah semula klasifikasi tanaman ganja yang diletakan di bawah Kelas 1 kepada klasifikasi lain.

“Usaha ini bagi mengeluarkan ganja daripada tanaman jenis berbahaya dan tidak dapat digunakan untuk pelbagai tujuan,” katanya. 

 

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.