Hukuman Leissner babit 1MDB ditangguh hingga 2023 - Utusan Malaysia

Hukuman Leissner babit 1MDB ditangguh hingga 2023

leissner
TIM LEISSNER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Keputusan hukuman terhadap bekas pengurus bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, membabitkan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ditangguhkan sehingga tahun depan.

Leissner, yang mengaku bersalah berhubung pertuduhan pada 2018 dan memberi keterangan terhadap bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, dijadualkan untuk dijatuhkan hukuman hari ini.

Namun, Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS), Margo Brodie, menangguhkan pendengaran itu sehingga 15 Februari depan, tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadap Leissner membawa hukuman maksimum puluhan tahun dalam penjara.

Namun, bekas Pengerusi Goldman Asia Tenggara itu mungkin dikenakan hukuman lebih ringan kerana bekerjasama dengan pendakwa raya.

Beliau berada di kandang saksi selama lebih seminggu ketika perbicaraan Ng, menjelaskan mengenai perjanjian 1MDB dan rancangan bersama Jho Low untuk merompak dana 1MDB.

Peguam Leissner, Henry Mazurek, enggan memberi sebarang komen semalam.

Ng, yang bekerja di bawah Leissner dan menjadi satu-satunya pegawai bank Goldman dihadapkan ke mahkamah dalam skandal 1MDB, didapati bersalah April lalu oleh juri persekutuan selepas perbicaraan selama dua bulan.

Minggu lalu, Brodie menetapkan pendengaran untuk hukumannya pada 9 November depan.

Leissner dibebaskan dengan jaminan AS$20 juta (RM88.5 juta) sejak ditahan oleh pihak berkuasa AS pada Jun 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya