Hampir sejuta dapat kelulusan tanam pokok ganja di Thailand - Utusan Malaysia

Hampir sejuta dapat kelulusan tanam pokok ganja di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hampir sejuta orang di seluruh Thailand sudah diberikan kelulusan untuk menanam pokok ganja di rumah mereka.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubatan Thailand (FDA), menerusi program aplikasi telefon pintar, Plook Ganja, seramai 980,000 orang sudah mendaftar untuk mendapatkan kebenaran menanam pokok ganja di rumah masing-masing.

Jelas FDA, ketika jumlah pendaftaran semakin banyak, pihak berkuasa negara ini berdepan dengan kesukaran untuk meluluskan perkara tersebut kerana dibimbangi ‘mencetuskan situasi yang tidak sepatutnya’.

“Aplikasi itu sudah dimuat turun sebanyak 43.5 juta kali sejak ia mula diperkenalkan.

“Malah, sambutannya amat menggalakkan sehingga FDA terpaksa melancarkan laman web berasingan bagi memudahkan masyarakat membuat pendaftaran,” jelas agensi itu.

FDA memaklumkan, proses pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dan sekiranya lulus, mereka akan diberikan sijil digital.

Selepas mendapat kelulusan, mereka yang sudah berdaftar bukan sahaja dibenarkan menanam pokok ganja, malah mereka juga dibenarkan memperoses tumbuhan itu untuk dijadikan ubatan tradisional dan komersial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN