Dunia bersedih, ucap selamat tinggal kepada Abe - Utusan Malaysia

Dunia bersedih, ucap selamat tinggal kepada Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Insiden yang menimpa bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ternyata mengejutkan seluruh dunia kerana ramai yang tidak menyangka kejadian sedemikian tidak akan berlaku di negara matahari terbit ini memandangkan kadar jenayahnya rendah, selain undang-undang pemilikan senjata api paling ketat di dunia.

Kebanyakan pemimpin dunia menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Abe yang disifatkan terlalu ‘tiba-tiba’ biarpun mengetahui bekas pemimpin itu mempunyai beberapa penyakit yang menyebabkan kesihatannya merosot sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menyifatkan insiden yang berlaku terhadap Abe merupakan tragedi yang amat pahit.

“Saya berasa amat terkejut dan sangat sedih apabila mengetahui rakan saya, Abe maut akibat ditembak ketika berkempen.

“Beliau ditembak ketika memperjuangkan demokrasi di negaranya dan hal ini amat menyedihkan,” ujarnya.

Selain itu, beberapa pemimpin dunia lain turut menzahirkan kesedihan mereka.

Antaranya:

CHINA

“Shinzo Abe menyumbang banyak dalam meningkatkan hubungan antara China dan Jepun semasa era pentadbirannya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Abe atas insiden yang berlaku,” kata jurucakap kedutaan China di Jepun.

ITALI

“Itali amat terkejut dengan serangan yang berlaku kerana kita semua tahu bahawa Jepun merupakan negara paling aman dan kadar jenayahnya juga rendah berbanding negara lain,” kata Perdana Menteri Mario Draghi.

TAIWAN

“Bukan sahaja seluruh dunia kehilangan pemimpin yang disegani, Taiwan juga sudah kehilangan rakan paling baik. Taiwan dan Jepun merupakan negara demokratik,” menurut Presiden Tsia Ing-wen.

KOREA SELATAN

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Abe dan semua rakyat Jepun. Jasa dan sumbangan beliau akan terus diingati,” ujar Presiden Yoon Suk-yeol.

POLAND

“Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku. Jepun sangat baik terhadap Poland dan kami amat terasa dengan kehilangan Abe,” kata Perdana Menteri Mateusz Morawiecki.

UNITED KINGDOM

“Keluarga saya bersedih dengan insiden yang berlaku,” kata Ratu Britain, Ratu Elizabeth.

AUSTRALIA

“Kematian tragik Shinzo Abe memberi kesan kepada kami semua di Australia. Abe merupakan pemimpin Indo-pasifik yang paling digeruni,” menurut Perdana Menteri Anthony Albanese.

JERMAN

“Kami akan terus berdiri bersama Jepun untuk bersama-sama menghadapi saat sukar ini,” kata Canselor Olaf Scholz.

PERANCIS

“Perancis sentiasa menyokong Jepun dan solidariti ini tidak akan putus,” menurut Kementerian Luar Perancis.

RUSSIA

“Kehilangan Abe tidak dapat digantikan kerana beliau merupakan pemimpin terhebat,” kata Presiden Vladimir Putin.

UKRAINE

“Pihak yangbertanggungjawab atas kematian Abe tidak akan dilepaskan dengan mudah dan bakal menerima hukuman yang setimpal,” ujar Presiden Volodymyr Zelensky.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya