30,000 rakyat Ukraine `dipindahkan' ke Russia - Utusan Malaysia

30,000 rakyat Ukraine `dipindahkan’ ke Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Moscow sudah memindahkan hampir 30,000 penduduk dari beberapa kawasan di Ukraine ke Russia dalam tempoh 24 jam tanpa penglibatan pihak berkuasa Kyiv.

Lapor agensi berita Interfax, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pusat Kawalan Pertahanan Russia, Mikhail Mizintsev dalam satu taklimat.

Katanya, pemindahan penduduk itu turut membabitkan lebih 5,000 kanak-kanak warga Ukraine.

“Sepanjang tempoh 24 jam, seramai 28,424 orang termasuk 5,148 kanak-kanak telah dipindahkan dari kawasan berbahaya di Ukraine dan republik Donbas hingga ke wilayah Persekutuan Russia.

“Secara keseluruhannya, sejak permulaan operasi ketenteraan khas, seramai 2,612,747 penduduk yang mana 412,553 merupakan kanak-kanak,” katanya.

Ukraine dan sekutu Barat mendakwa Russia memindahkan penduduk negara itu termasuk kanak-kanak secara paksa.

Malah, kebanyakan pihak mendakwa Russia merancang untuk mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat secara haram di seluruh negara.

United Kingdom (UK) membenarkan Pesuruhjaya Presiden bagi hak kanak-kanak Moscow, Maria Lvova-Belova atas dakwaan penglibatannya dalam isu pemindahan penduduk secara paksa dan pengambilan anak angkat kanak-kanak warga Ukraine.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Alexander Senkevich melaporkan 10 letupan kuat berlaku di bandar Mykolaiv.

Senkevich turut menggesa semua penduduk untuk kekal berada di pusat perlindungan.

“Kira-kira 10 letupan kuat kedengaran di Mykolaiv dan amaran serangan udara telah diaktifkan.

“Saya meminta semua orang jangan mengabaikan peraturan keselamatan, maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi Telegram.

Pegawai berkata, Mykolaiv dibedil selama beberapa hari lalu dengan peluru berpandu mengenai sebuah hotel dan dua universiti.

Insiden itu menyebabkan sekurang-kurangnya puluhan orang cedera pada minggu lalu.

Sementara itu, menurut polis, serangan peluru berpandu Russia mengenai kawasan perumahan di Pokrovsk di bandar Donetsk sehingga merosakkan puluhan kediaman.

“Musuh menyerang orang awam sebanyak dua kali dengan peluru berpandu balistik Iskander-M.

“Sekurang-kurangnya 27 rumah musnah dan polis mendokumentasi jenayah perang dilakukan Russia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya