17 maut banjir di selatan Iran

17 maut banjir di selatan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan enam yang lain hilang selepas banjir melanda selatan Iran akibat hujan lebat, hari ini.

Gabenor Daerah di wilayah Fars, Yousef Kargar berkata, kesemua mayat tersebut ditemukan di sekitar Estehban dengan 13 daripadanya sudah dikenal pasti.

“Hujan lebat di bandar Ij dan Roodbal berlaku sekitar pukul 5 petang.

“Sebilangan penduduk tempatan dan pelancong yang berada di tepi sungai dan dasar sungai terperangkap dalam banjir akibat kenaikan paras air,” katanya.

Walaupun mengalami musim kemarau berulang sepanjang sedekad lalu, Iran tetap dilanda banjir.

Pada 2019, banjir besar di selatan negara itu menyebabkan 76 orang terkorban dan kerosakan dianggarkan lebih AS$2 bilion.

Saintis menjelaskan perubahan iklim menyebabkan cuaca melampau termasuk kemarau serta potensi peningkatan ribut hujan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN