Wanita ketagih ambil sampel percuma, jimat RM37,514 - Utusan Malaysia

Wanita ketagih ambil sampel percuma, jimat RM37,514

MARIA Sillaste mula mengumpul sampel percuma sejak tahun 2020. – CATERS NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita yang ketagih mengambil sampel percuma mengaku berjaya menjimatkan wang lebih 7,000 pound (RM37,514) dalam tempoh dua tahun dengan hanya menggunakan barang berkenaan.

Lapor Daily Mail, Maria Sillaste, 33, dari Liverpool mula mengumpul sampel percuma itu sejak dua tahun lalu.

Katanya, sampel percuma yang diambil terdiri daripada pelbagai produk termasuk makanan, minuman, penjagaan kulit dan juga peralatan rumah.

“Saya mula ketagih memburu barangan demikian selepas melihat hantaran mengenai cara mendapatkan sampel minyak wangi secara percuma dalam media sosial.

“Sejak itu, saya mencari lebih banyak lagi sampel percuma yang boleh digunakan untuk keperluan harian,” katanya.

Menurut Sillaste, dia menyedari mampu menjimatkan lebih banyak wang dengan hanya menggunakan barang percuma yang dikumpulkannya.

Katanya, salah satu sampel percuma terbaik dimilikinya setakat ini adalah pengisar jenama Tefal yang berharga 150 pound (RM803.88).

“Antara barang yang paling bermanfaat kepada saya adalah mendapat baucar beli-belah secara percuma,” katanya.

Jelas Sillaste, dia juga menggunakan baucar percuma itu untuk mengumpul barang keperluan untuk keluarganya.

“Saya pernah mendapat sampel minuman, snek, penjagaan kulit, minyak wangi, barang daripada jenama besar, peralatan rumah, lampin bayi, kain lap dan baucar untuk dibelanjakan secara percuma.

“Mengumpul sampel percuma sudah menjadi sebahagian kehidupan keluarga saya, malah kami gemar buat bersama-sama untuk menikmati barangan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.