Wanita gagal warisi RM52 juta, tak tunai hasrat mendiang bapa

Wanita gagal warisi RM52 juta, tak tunai hasrat mendiang bapa

CLARE BROWN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang wanita dinafikan hak mewarisi harta pusaka bernilai AS$12 juta (RM52 juta) kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan mendiang bapanya dengan mempunyai pekerjaan tetap.

Clare Brown perlu memenuhi permintaan bapanya menerusi surat wasiat terakhir yang meminta dirinya mempunyai pekerjaan dan ‘menyumbang sesuatu kepada masyarakat’ sebelum diberikan kebenaran mewarisi harta peninggalan itu.

Bagaimanapun, wanita berusia 26 tahun itu enggan memenuhi permintaan bapanya kerana keadaan kesihatan dirinya menyukarkan memenuhi syarat ditetapkan.

“Saya faham kenapa mereka mahu saya berfungsi kepada masyarakat. Anda perlu melihat diagnosis penyakit saya dan menyedari ia tidak akan berlaku.

“Saya tidak boleh belajar memandu kerana mempunyai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD),” katanya.

Brown kini menjalani kehidupan dengan menerima bantuan kebajikan di Mount Druitt, pinggir bandar barat Sydney.

Sedangkan, sebelum ini dia pernah bersekolah di sebuah sekolah terbaik di sebelah timur bandar itu.

Mendiang bapanya malah pernah memberikan elaun mingguan sebanyak AS$500 (RM2,200), sebelum dipotong.

“Saya menggelarkan diri sendiri sebagai jutawan yang bankrap kerana tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

“Berikan apa yang sepatutnya menjadi hak kerana saya sedang menderita sekarang. Bolehkah saya mendapat pekerjaan? Ia tidak akan berlaku,” tegasnya.

Sementara itu, ahli keluarganya yang lain mengatakan Brown hanya memberikan alasan untuk mengelak daripada memenuhi kehendak bapanya, Chris.

“Kami mahu dia mendapat pekerjaan dan menyumbang kepada masyarakat. Kami tidak melakukan apa-apa selain hanya menyayangi dirinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya