Ulama tegur penganjur jangan pilih syarikat arak sebagai penaja

Ulama tegur penganjur jangan pilih syarikat arak sebagai penaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Majlis Ulama Indonesia Bidang Fatwa, Asrorun Niam menegur penganjur perlumbaan Formula E supaya tidak memilih syarikat arak sebagai penaja program itu. 

Lapor CNN Indoensia, Asrorun menegaskan pada prinsipnya menyebarkan kemaksiatan adalah dilarang dalam Islam. 

Bahkan, jelasnya, Islam sudah mengajar supaya menjauhkan pengambilan minuman keras kerana merupakan salah satu induk daripada pelbagai tindakan keburukan lain. 

 “Apatah lagi menjadi penaja dalam acara perlumbaan. Bagaimana mungkin acara perlumbaan yang mengajar tentang kesihatan, kemudian didukung oleh produk yang bertentangan dengan semangat kesihatan,” katanya.  

Peringatan itu menyusul selepas pihak Formula E menyatakan komitmen tidak menjual dan menampilkan produk arak sebagai penaja di Jakarta. 

Ketua Panitia Pelaksana Jakarta E-Prix 2022, Ahmad Sahroni berkata, pihaknya akan memastikan tiada penjualan arak dan logo syarikat arak dalam penganjuran Formula E Jakarta. 

“Pihak Heineken yang merupakan salah satu penaja global Formula E akan memastikan tidak akan menjual produk arak dalam perlumbaan Sabtu ini,” katanya. 

Sahroni berkata, pihaknya sudah berhubung dengan tujuh penaja domestik bagi menyokong pelaksanaan acara perlumbaan kereta tersebut. 

Menerusi laman web rasmi Formula E Jakarta, produk kosmetik MS Glow Men merupakan antara barisan penaja acara itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya