Ukraine, Moldova rasmi dicalonkan sebagai negara anggota EU

Ukraine, Moldova rasmi dicalonkan sebagai negara anggota EU

BARISAN pemimpin Kesatuan Eropah menghadiri sidang akhbar Majlis Eropah di Brussels, Belgium. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Barisan kepemimpinan Kesatuan Eropah (EU) semalam meluluskan Ukraine untuk menjadi calon negara anggota kesatuan tersebut.

Kyiv menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah geopolitik yang lantang, manakala bagi EU sendiri, perkara tersebut merupakan ‘saat paling bersejarah’.

Biarpun mungkin mengambil masa lebih sedekad untuk Ukraine rasmi menjadi negara anggota EU, keputusan tersebut tetap dilihat sebagai niat EU bagi membantu Kyiv.

“Rakyat Ukraine milik keluarga Eropah. Masa depan Ukraine adalah dengan EU.

“Hari ini adalah hari untuk kita saksikan permulaan perjalanan yang panjang dan kita akan mengharunginya bersama-sama,” kata Ketua Polisi Luar EU, Josep Borrell.

Pencerobohan Russia di Ukraine menyebabkan Kyiv secara rasmi memohon untuk menjadi calon negara anggota EU.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menegaskan, masa depan Ukraine bergantung kepada EU dan beliau menyambut baik kelulusan yang diberikan kesatuan tersebut.

Selain Ukraine, negara jirannya, Moldova juga diberikan kelulusan untuk menjadi calon negara anggota EU, manakala Georgia bakal memperoleh peluang sama sekiranya negara itu memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pemimpin EU menekankan kesemua negara bekas Kesatuan Soviet perlu ‘melakukan lebih banyak penelitian dan kajian’ sebelum secara rasmi menyertai kesatuan berkenaan.

Mereka juga bersetuju bahawa EU perlu mengubah cara kerja bagi seiring dengan keadaan semasa.

“Saya yakin Ukraine dan Moldova akan menyertai EU secara rasmi dan untuk itu, kedua-dua negara tersebut perlu melakukan perkara yang sewajarnya,” menurut Ketua Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen.

Sementara itu, keputusan EU tersebut secara tidak langsung memberi isyarat kepada Moscow bahawa pengaruh Russia tidak boleh selamanya mempengaruhi negara bekas kesatuan Soviet. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.