Taliban halang bantuan kemanusiaan PBB ke Afghanistan

Taliban halang bantuan kemanusiaan PBB ke Afghanistan

SEORANG kanak-kanak lelaki keluar dari pintu sebuah rumah yang musnah akibat gempa bumi di daerah Bermal, wilayah Paktika.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kesal dengan tindakan kerajaan Taliban yang menghalang usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan.

Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths semasa mesyuarat Majlis Keselamatan memberitahu, PBB dan kumpulan bantuan menghadapi kesukaran menyalurkan wang tunai mencukupi bagi menjalankan operasi selepas bank antarabangsa terpaksa berhati-hati disebabkan sekatan terhadap badan itu dan Amerika Syarikat (AS).

“Sistem perbankan formal terus menyekat pemindahan tunai disebabkan risiko berlebihan yang menjejaskan saluran pembayaran sehingga menyebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan.

“Pihak berkuasa di Afghanistan turut memainkan peranan membuat pemilihan penerima dan bantuan kepada orang ramai mengikut senarai keutamaan mereka sendiri,” katanya.

Griffiths berkata, PBB berusaha memulakan sistem Kemudahan Pertukaran Kemanusiaan (HEF) untuk menukar berjuta-juta dolar ke dalam mata wang Afghanistan bagi menyalur bantuan, membendung krisis ekonomi serta memintas sekatan pemimpin Taliban.

“Tentangan oleh pihak berkuasa de-facto menyebabkan kemajuan yang terhad. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan sendirinya,” katanya.

Menurut beliau, PBB perlu memastikan HEF berjalan baik selagi sistem perbankan rasmi Afghanistan belum dapat beroperasi semula.

Jelasnya, kira-kira separuh daripada kumpulan bantuan yang ditinjau oleh PBB melaporkan kesukaran memindahkan dana ke Afghanistan yang menyaksikan penurunan 87 peratus, Oktober lalu.

“Sebanyak dua pertiga kumpulan bantuan memaklumkan kekurangan wang tunai di Afghanistan sebagai penghalang program mereka,” katanya.

PBB hanya menerima satu pertiga daripada AS$4.4 bilion (RM18 bilion) yang diperlukan bagi memenuhi keperluan kemanusiaan di Afghanistan tahun ini.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat susulan gegaran gempa bumi di Afghanistan yang meragut 1,000 nyawa di perkampungan terpencil di wilayah Paktika.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya