Sukan ski terjejas akibat salji makin kurang

Sukan ski terjejas akibat salji makin kurang

Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 di Zhangjiakou Genting Snow Park.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Litupan salji di Alps akan berkurangan sekiranya tiada tindakan pantas diambil bagi menghentikan perubahan iklim seperti dilaporkan Daily Mail.  

Penyelidik yang memberi amaran menerusi sebuah kajian menjelaskan negara-negara selatan Alpine termasuk beberapa bahagian di Perancis, Itali dan Slovenia akan terjejas sekiranya pelepasan gas rumah hijau tidak berjaya dikurangkan. 

Sebagai contoh, jika bumi menjadi panas sehingga empat ke lima darjah Celcius, Slovenia boleh kehilangan salji selama 54 hari setahun, iaitu bersamaan 68 peratus pada ketinggian 1,500 meter. 

Perancis pula akan kehilangan 34 peratus salji bersamaa 116 hari setahun pada ketinggian 3,500 meter.

Berdasarkan kajian itu, Jerman akan kehilangan 79 peratus salji pada ketinggian 500 meter iaitu selama 27 hari atau 32 peratus pada ketinggian 2,500 meter, selama 78 hari. 

Pakar berkata, jika sasaran pelepasan gas rumah hijau menerusi Perjanjian Paris dicapai, ia akan menjimatkan 80 peratus dari hari semasa dengan litupan salji. 

Pakar menjelaskan kehilangan salji akan memberi kesan kepada industri ski, alam semula jadi, penggunaan air hiliran serta menyebabkan pemanasan selanjutnya. 

Penulis utama kajian dari Eurac Research, Itali, Dr. Michael Matiu menjangka pengurangan litupan salji akan berlaku akibat senario pemanasan yang kuat sehingga mencecah empat ke lima darjah Celcisu iaitu sangat tinggi. 

“Sebaliknya, terdapat margin besar penjimatan sekiranya Perjanjian Paris membuahkan harapan,” katanya. 

Laporan ‘Slippery Slopes’ diterbitkan awal tahun ini mengenai kesan perubahan iklim terhadap sukan ski.  

Pemain ski gaya bebas Sukan Olimpik, Philippe Marquis berkata, perubahan iklim memberikan kesan bahaya terhadap sukan musim sejuk di kawasan pergunungan. 

“Saya lihat lebih banyak gelongsor seperti batu, ais dan salji serta laluan ski menjadi lebih kecil serta tidak sesuai untuk bersukan kerana glasier di altitud tinggi akan menjadi lebih pendek,” katanya. 

Sehingga kini, hampir 200 pusat peranginan terpaksa ditutup di Pergunungan Alps Itali kerana perubahan iklim yang semakin panas. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya