Suhu panas: Rakyat Jepun diminta jimat tenaga elektrik

Suhu panas: Rakyat Jepun diminta jimat tenaga elektrik

PENGUNJUNG duduk di bangku semasa musim panas di taman Yoyogi,Tokyo.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kerajaan Jepun memberi amaran kepada jutaan penduduk di Tokyo untuk menjimatkan tenaga atau berdepan risiko bekalan elektrik akan diputuskan.

Lapor The Guardian, amaran itu susulan kawasan ibu negara merekodkan suhu yang panas bulan ini selepas berakhirnya musim hujan.

Agensi Meteorologi Jepun meramalkan suhu 35 darjah Celcius di bandar sepanjang hari, dengan cuaca ekstrem yang sama sepanjang minggu ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki meminta orang ramai mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu petang apabila nisbah rizab jatuh.

Beliau menasihatkan isi rumah dan premis perniagaan menutup lampu yang tidak digunakan dan mengehadkan penggunaan penghawa dingin serta berwaspada terhadap strok haba.

Dalam pada itu, Kementerian Ekonomi dan Industri berkata, penduduk di wilayah Tokyo Electric Power perlu menjimatkan tenaga terutamanya apabila permintaan memuncak pada lewat petang dan awal malam.

Laporan menunjukkan kapasiti penjanaan rizab berisiko jatuh serendah 3.7 peratus di Tokyo dan kawasan sekitarnya di bawah tiga peratus berisiko kekurangan kuasa dan terputus bekalan elektrik.

Pengarah Dasar Bekalan Elektrik di kementerian itu, Kaname Ogawa berkata, permintaan elektrik lebih tinggi daripada jangkaan kerana suhu melebihi ramalan, Ahad lalu.

“Kami dilanda panas luar biasa bagi musim ini. Sila bekerjasama dan jimat kuasa sebanyak mungkin,” katanya.

Kebanyakan kawasan di Jepun akan mengalami suhu yang kurang selesa semasa pertengahan musim hujan.

Isnin lalu, agensi itu mengisytiharkan musim tersebut berakhir yang merekodkan paling awal di rantau Kanto termasuk Tokyo.

Ia adalah penghujung musim paling awal sejak rekod menunjukkan bermula dari 1951 dan berakhir 22 hari lebih awal daripada biasa.

Cuaca panas dilaporkan turut melanda bahagian lain di negara ini sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, bandar Isesaki di wilayah Gunma, utara Tokyo mencatatkan suhu tertinggi negara iaitu 40.2 darjah Celcius.
Akhbar Mainichi Shimbun melaporkan lebih 250 orang dibawa ke hospital akibat mengalami strok haba.

“Selepas musim hujan berakhir, ramai belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan cuaca panas dan berdepan risiko strok haba lebih besar,” katanya.

Orang ramai juga digalakkan menanggalkan pelitup muka ketika berada di luar bagi mengelakkan strok haba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya